Norasmah Othman, and Azzyyati Anuar, and Muhammad Husin, (2009) Kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 12 . pp. 87-107. ISSN 0128-2735
|
PDF
268kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12
Abstract
Bagi memastikan adanya pekerjaan di kalangan gradĂșan selepas tamat pengajian, pelajar digalakkan untuk menyertai dan membuka perniagaan secara kecil-kecilan ketika berada di kampus. Pelajar juga boleh memperoleh pengalaman dalam pengendalian perniagaan walaupun masih belajar. Sepertimana perniagaan-perniagaan lain, perniagaan yang dikendalikan oleh pelajar juga berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kekangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari pelbagai fakulti dalam mengendalikan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kekangan tersebut berkaitan dengan trait personaliti, kemahiran teknikal pelajar dan persekitaran mikro. Kajian kualitatif telah digunakan. Ia menggunakan teknik temu bual mendalam dan pemerhatian. Empat pelajar yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di universiti secara separuh masa telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati bahawa elemen trait personaliti, kemahiran teknikal juga persekitaran mikro memang menyumbang kepada kekangan di kalangan pelajar semasa menjalankan perniagaan.Kekangan ini memberi implikasi yang besar kepada pelajar, pensyarah dan juga pegawai di Hal Ehwal pelajar. Maka, dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan atau meminimumkan impak kekangan tersebut terhadap perniagaan pelajar di universiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kekangan; trait personaliti; kemahiran teknikal; persekitaran mikro. |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 4715 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 16 May 2012 03:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:36 |
Repository Staff Only: item control page