Kesan perubahan TEC, profil ionosfera dan arah kedudukan stesen penerima terhadap ralat ionosfera isyarat GPS

Mardina Abdullah, and Siti Sarah Nik Zulkifli, and Mahamod Ismail, (2011) Kesan perubahan TEC, profil ionosfera dan arah kedudukan stesen penerima terhadap ralat ionosfera isyarat GPS. Jurnal Kejuruteraan , 23 . pp. 27-36. ISSN 0128-0198

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm

Abstract

Sistem penentududukan global (GPS) merupakan satu sistem radio navigasi berasaskan satelit yang digunakan bagi menentukan kedudukan suatu lokasi semenjak ketersediaan terpilih (selective availability, SA) ditamatkan pada 1 mei 2000, ralat ionosfera menjadi punca ralat terbesar dalam sistem penentududukan GPS.Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ralat ionosfera disebabkan oleh perubahan nilai TEC dan profil ionosfera yang dialami oleh isyarat GPS. Selain itu, analisis turut dijalankan untuk melihat kesan perubahan arah kedudukan stesen bergerak dalam aplikasi GPS bezaan (dGPS) jarak dekat (<10km)keatas ralat ionosfera yang dialami oleh sistem GPS.Data yang digunakan adalah bedasarkan stesen GPS UKM(2*55'N,101*46'E) dan juga UPM Serdang, UPMS (2*59'N101*43'E)daripada analisis kesan perubahan nilai TEC, didapati peningkatan nilai TEC menyebabkan ralat ionosfera bertambah kerana dalam analisis TEC pada profil 100 TECU mempunyai ralat ionosfera 46.7m berbanding profil 11 TECU iaitu 5.13m. Analisis perubahan profil ionosfera pula tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan. Manakala analisis kesan perubahan arah stesen bergerak pula menunjukkan ketaksekataan ionosfera memberi ralat ionosfera berlainan bagi orientasi perambatan isyarat diantara satelit dan penerimanya. Perbezaan ralat ionosfera bagi pemisahan stesen bergerak pada arah utara 0*didapati sma nilai dengan arah selatan 180* manakala beza ralat pada arah timur 90* pula sama dengan barat 270*, barat laut 315* didapati sama dengan tenggara 135* manakala pada arah timur laut 45* pula sama dengan barat daya 225*. Kesemua faktor-faktor ini perlu dipertimbangkan sekiranya ingin mendapatkan penentududukan jitu GPS yang tepat.

Item Type:Article
Keywords:ionosfera; NeQuick; surihan sinar; dGPS; TEC
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:4720
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 May 2012 08:25
Last Modified:17 May 2012 08:26

Repository Staff Only: item control page