Mandeep Singh Jit Singh, and Ng , Yin Fen (2011) Mereka bentuk sistem laci pintar untuk penjejakan dokumen dengan menggunakan indentifikasi frekuensi radio (RFID). Jurnal Kejuruteraan , 23 . pp. 37-48. ISSN 0128-0198
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm
Abstract
Penjejakan dokumen menjadi semakin penting terutama bagi syarikat-syarikat yang besar yang masih mengendalikan pelbagai jenis dokumen setiap hari.Syarikat tersebut memerlukan suatu cara yang efektif untuk menjejaki lokasi dan pengguna yang mengalihkan suatu dokumen. selain itu mereka memerlukan suatu kaedah yang memudahkan pengaksesan dan penyemakan semula rekod tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) merupakan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dalam kajian ini dengan menggunakan komponen RFID seperti pembaca RFID CSL CS-771 dan penanda RFID satu sistem laci pintar direka bentuk bagi memudahkan kerja-keja pengurusan dokumen ini.Penanda RFID digunakan sebagai label untuk fail, dokumen dan sebagai kunci untuk log masuk kesistem.Pangkalan data telah dibangunkan dengan menggunakan microsft SQL server 2008 manakala perisisan sistem laci pintar ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan microsoft visual C# 2008 express edition.pengkalan data digunkan untuk menyimpan data berkenaan dengan dokumen,fail dan pengguna. Manakala perisian direkabentuk dengan aturcara yang digunakan bagi memudahkan pengguna merekodkandan menyemak status sesuatu fail dan dokumen. Dengan aplikasi RFID dalam sistem laci pintar ini, proses penjejakan dokumen akan menjadi lebih mudah, efektif dan tepat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | RFID; UHF; persekitaran |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 4722 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 17 May 2012 02:54 |
Last Modified: | 17 May 2012 09:07 |
Repository Staff Only: item control page