Hubungan kecederaan trafik dengan pembangunan ekonomi Malaysia

Nizam Ahmat, and Nor Ghani Md. Nor, and Ahmad Mohd Zin, and Abu Hassan Shaari Mohd Nor, (2011) Hubungan kecederaan trafik dengan pembangunan ekonomi Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 45 . pp. 81-87. ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jem.htm

Abstract

World Health organization (WHO) telah meramalkan menjelang tahun 2020 kecederaan trafik (KT)akibat daripada kemalangan jalan raya merupakan antara ancaman kesihatan (termasuk kematian, kecederaan parah dan ringan)utama kepada penduduk dunia terutama penduduk di negara-negara membangun. Seterusnya KT juga menyebabkan negara yang terlibat kerugian harta benda benilai berbillion ringgit setiap tahun. Sebagai salah sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi permasalahan di atas. Sebagai contoh pada tahun 2006, dari segi harakinya KT merupakan penyebab kematian keenam tertinggi diMalaysia dan ketiga untuk bilangan pesakit yang dimasukkan kehospital. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara kecederaan trafik dengan petumbuhan ekonomi berdasarkan rangka kerja keluk environmental kuznets curves dengan menggunakan data-data siri masa Malaysia dari tahun 1979 hingga 2007. Hipotesis kepada teori ini menyatakan bahawa wujudnya hubungan keluk berbentuk U terbalik (inverted-U) antara kadar kematian akibat daripada kemalangan jalan raya dengan tahap pembangunan ekonomi. Dapatan kajian telah dapat membuktikan wujudnya hubungan seperti diatas seterusnya menyokong dapatan kajian oleh beberapa pengkaji terdahulu di negara maju. Untuk menilai keberkesanan dasar, kesan peningkatan pendapatan individu kepada permintaan untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi. pembentukan pelbagai dasar dan institusi serta perlaksanaan undang-undang jalan raya yang tegas, bukanlah semata-mata sebab kepada penurunan kadar kematian dan kecederaan.

Item Type:Article
Keywords:pembangunan ekonomi; kecederaan trafik
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:4807
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2012 04:24
Last Modified:24 May 2012 02:22

Repository Staff Only: item control page