Profil personaliti bakal calon majlis pewakilan pelajar UKM: suatu perbandingan antara lelaki dan wanita

Khaidzir Hj. Ismail, and Khairil Anwar, and Shaharuddin Ahmad, and Jumali Hj Selamat, (2010) Profil personaliti bakal calon majlis pewakilan pelajar UKM: suatu perbandingan antara lelaki dan wanita. Jurnal Personalia Pelajar (13). pp. 1-18. ISSN 0128-2735

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/

Abstract

Kajian ini menganalisis profil personaliti pelajar yang mengikuti program kursus asas (N=165)yang membimbing mereka mereka menjadi pelajar masa hadapan. Kajian ini juga cuba membandingkan profil personaliti anatara pelajar lelaki (N=103)dan pelajar wanita (N=62)Kajian ini menggunakan ujian personaliti 16PF.Hasil kajian menunjukkan terdapat 5 tret yang mengukur kepimpinan daripada 16 faktor personaliti iaitu tret berfikir berada pada sten 4 yang menunjukkan cara berfikir yang masih rendah dan didapati lelaki dan wanita pada sten yang sama; tret kestabilan emosi pada sten 5 yang menunjukkan tidak stabil dan didapati lelaki dan wanita juga pada sten yang sama; tret dominan pada sten 4 bagi perempuan dan sten 5 untuk lelaki dan ini menunjukkan lebih dominan dan tert kesedaran peraturan, lelaki pada sten 5 dan wanita pada sten 6 dan ini menunjukkan pelajar wanita lebih tinggitahap kesedaran peraturan berbanding lelaki dan tret kepercayaan kendiri lelaki dan wanita sama-sama berada pada sten 4 yang menunjukkan kelebihan pada orientasi kelompok berbanding individu.Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan asas pembinaan kecermelangan kepimpinan pelajar untuk menuju kearah yang lebih baik etik dan akademik.

Item Type:Article
Keywords:personaliti; profil; bakal calon; kepimpinan; dominan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4824
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 May 2012 01:53
Last Modified:25 May 2012 03:55

Repository Staff Only: item control page