Stres dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia.

Hanina Halimatusaadiah Hamsan, and Tan , Poh Mae and Jumali Hj Selamat, (2010) Stres dan pencapaian akademik mahasiswa pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar (13). pp. 57-72. ISSN 0128-2735

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap stres dan hubungannya dengan pencapaian akademik mahasiswa jurusan pembangunan manusia di Universiti Putra Malaysia. Seramai 2019 mahasiswa terlibat sebagai responden kajian ini (n lelaki=78; n perempuan=141).responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu program dwi major(n=120) dan stu major(n=99).Tahap stres responden diukur menggunakan alat pengukuran yang diguna terima daripada the student-life stres inventory-SSI. Terdapat sebanyak lima kategori stres yang dikaji,iaitu;kekecewaan,tekanan,perubahan, emosi dan tingkahlaku. Tahap pencapaian pelajar dianalisa berdasarkan pencapaian timbunan mata terkumpul (PNGK) pada semesterterkini.Hasil analisis menunjjukan bahawa responden mempunyai tahap stres yang sederhana (M=2.24;SD=0.540)dan pencapaian akademik sikekitar PNGK 3.49 dengan separuh daripada responden berada pada tahap PNGK 3.01 hingga3.50. Secara umumnya tahap stres tidak mempunyai huungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimana pun analisis berdasarkan kategori stres menunjukkan pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05)dengan tahap kekecewaan (r=-0.176),tekanan(r=-0.149)dan emosi (r0.166). Tahap stres berbeza mengikut jantina (t=17.731;p=0.05) dan jenis program yang diambil(t=1.251;p=0.05). Selain itu, analisis kolerasi menunjukkan bahawa pelajar yang stres merupakan pelajar yang mengambil jumlah kursus (r=0.239;p=0.01)dan jumlah kredit lebih(r=0.255; p=0.01). secara keseluruhannya didapati pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi adalah mereka yang mempunyai tahap stres yang rendah, dan sebaliknya.Antara program intervensi dan prevensiyang boleh dilaksanakan oleh pihak universiti termasuklah latihan dan kursus berkaitan peningkatan tahap kecekapan pengurusan emosi dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa diuniversiti.

Item Type:Article
Keywords:stres; pencapaian akademik; pengurusan emosi; mahasiswa
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4828
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 May 2012 03:44
Last Modified:25 May 2012 03:52

Repository Staff Only: item control page