Pengetahuan, sikap dan amalan tentang kanser serviks di kalangan bidan, jururawat desa dan jururawat masyarakat

Aishah Ahmad Makinuddin, and Osman Ali, (2000) Pengetahuan, sikap dan amalan tentang kanser serviks di kalangan bidan, jururawat desa dan jururawat masyarakat. AKADEMIKA, 56 . pp. 107-119. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik-1-56.html

Abstract

Satu kajian rentas mengenai pengetahuan, sikap dan amalan terhadap kanser serviks telah dilakukan pada 1997 ke atas bidan, jururawat desa dan jururawat masyarakat yang berkhidmat di dalam perkhidmatan kesihatan negeri Kedah. Persampelan universal digunakan yang melibatkan seramai 281 responden. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal-selidik isi sendiri. Kajian ini mendapati bahawa sumber maklumat mengenai kanser serviks yang memuaskan daripada radio, Tv, akhbar dan jururawat terlatih adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan yang tinggi di kalangan responden manakala penerangan yang jelas tentang tugas dalam program berkaitan dengan sikap yang baik di kalangan responden terhadap program pencegahan kanser serviks. Seramai 208 responden (74.0 peratus) telah menjalani ujian Pap. Di kalangan mereka yang tidak menjalani latihan ujian Pap, di antara sebab-sebabnya ia belum berkahwin (25.8 peratus), malu (25.8 peratus), tidak ada tanda-tanda luar biasa (19.4 peratus) dan takut untuk mengetahui keputusan ujian (14.5 peratus). Di kalangan responden yang berkahwin, 79.0 peratus telah menjalani ujian Pap. Kajian ini mendapati bahawa terdapat korelasi yang bererti tetapi lemah (r=0.250,p<0.001) di antara skor pengetahuan mengenai kanser serviks dengan skor sikap terhadap program pencegahan kanser serviks. Faktor peramal bagi menjalani ujian Pap di kalangan responden ialah tempoh berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan maklumat yang memuaskan mengenai kanser serviks yang diperolehi daripada jururawat terlatih.

Item Type:Article
Keywords:kanser serviks; ujian Pap; pengetahuan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4829
Deposited By: Salasiah M Said
Deposited On:24 May 2012 03:28
Last Modified:25 May 2012 03:14

Repository Staff Only: item control page