Idris Aman, (2000) Bahasa, kuasa, dan ideologi: analisis wacana kritis sebutan baku Bahasa Melayu. AKADEMIKA, 56 . pp. 121-133. ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik-1-56.html
Abstract
Nota Penyelidikan/ Research Note: Artikel ini menganalisis cara bahasa sebagai wacana dieksploitasi oleh institusi perancang bahasa negara untuk tujuan mengubah amalan sosial dalam soal sebutan. Penulis menggunakan kerangka teori analisis wacana kritis yang melihat wacana dari tiga dimensi secara berkaitan, iaitu dimensi teks, dimensi amalan wacana, dan dimensi amalan sosial. Artikel ini menunjukkan bahawa institusi berkenaan memanfaatkan kuasa bahasa melalui penggunaan modaliti, modus kehendak, serta klausa tak transitif dan pasif tanpa pelaku bagi mencapai hajat mereka. Amalan wacana yang dihasilkan adalah genre pedoman, iaitu senarai cara menyebut sesuatu bunyi mengikut kehendak institusi tersebut. Institusi ini bertindak melaksanakan wibawanya dengan mengeluarkan pedoman yang bersifat "kehendak" bagi mengubah sistem sebutan pengguna bahasa. Pada hakikatnya, kuasa bahasa itu dimanifestasi oleh ideologi solidariti yang menjadi pegangan institusi berkenaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | bahasa; wacana; ideologi; pengguna bahasa |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4836 |
Deposited By: | Salasiah M Said |
Deposited On: | 24 May 2012 03:39 |
Last Modified: | 25 May 2012 03:16 |
Repository Staff Only: item control page