Kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Haliza Ibrahim, and Khaidzir Hj. Ismail, (2010) Kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar (13). pp. 73-87. ISSN 0128-2735

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebimbangan terhadap penggunaaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penghargaan kendiri dan antara tret-tret personaliti(openess,conscientiousness, extraversion,agreeableness,neuroticism).Maklumat kajian diperolehi melalui big five personality inventory, foreign language classroom anxiety scale dan culture free self-esteem inventory.perisian SPSS versi 16.0 windows telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara sub skala neuroticism dab extraversion dengan tahap kebimbangan, manakala sub skala openness,agreeableness dan conscientiousness, bangsa dan penghargaan kendiri tidak ada hubungan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa inggeris. Selain itu tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan dengan jantina. kajian juga mendapati personaliti adalah faktor yang mempunyai kaitan dengan tahap kebimbangan dalam menguasai bahasa inggeris.Pembudayaan membiasakan bertutur dalam bahasa inggeris bermula sejak awal lagi sama ada dirumah atau disekolah, tetapi bagi yang baru dan ingin membiasakannya mungkin memberi kesan tahap kebimbangan. peranan kolej kediaman melalui english speaking zone telah membantu menyediakan suasana persekitaran yang kondusif dalam membudayakan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain memlalui penggunaan bahasa inggeris.

Item Type:Article
Keywords:kebimbangan; kolej kediaman; penghargaan kendiri,bahasa inggeris.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4840
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 May 2012 04:13
Last Modified:25 May 2012 03:56

Repository Staff Only: item control page