Analisis pengurangan kadar penyerapan spesifik dalam kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan

Norbahiah Misran, and Mohammad Tariqul Islam, and Mohammad Rashed Iqbal Faruque, and Nurul Hafizah Mohd Hanafi, and Farizah Ansarudin, and Mohd. Faisal Ibrahim, (2012) Analisis pengurangan kadar penyerapan spesifik dalam kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Sains Malaysiana, 41 (6). pp. 779-785. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan.

Item Type:Article
Keywords:Antena; bahan ferit; Kadar Penyerapan Spesifik (SAR); kaedah FDTD; metabahan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:4866
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 May 2012 13:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page