Hishamudin Isam, and Norsimah Mat Awal, (2012) Nilai setia dari perspektif prosodi semantik: Analisis berbantu data korpus. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (2 (spe). pp. 359-374. ISSN 1675-8021
|
PDF
100kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html
Abstract
Hal berkaitan bahasa timbul daripada pengalaman hidup yang ditapis dan diproses oleh kognisi manusia hasil daripada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia itu sendiri sepanjang masa (experientialist approach). Berbekalkan prinsip tersebut, maka lahirlah pendekatan prosodi semantik yang secara khususnya diaplikasikan untuk meneliti fenomena kepenggunaan sesuatu leksis yang kerap digunakan oleh pengguna bahasa. Berdasarkan perspektif prosodi semantik, kajian ini cuba merungkai persoalan berhubung nilai bagi leksis setia (leksis dari kelas semantik nilai) yang dikatakan mengalami masalah konflik nilai linguistik (dalam menentukan setia bernilai positif atau negatif). Sebagai bukti, dari sudut nilai sosial, setia sering kali dinobatkan sebagai antara nilai yang tinggi dalam pembentukan sesebuah negara bangsa yang unggul. Sebagai contoh, nilai setia telah diangkat menjadi prinsip Rukun Negara yang kedua (Kesetiaan kepada Raja dan Negara). Terkini, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, turut menggariskan nilai setia sebagai komponen penting bagi menjayakan gagasan ini. Namun ironinya, kajian-kajian terdahulu (khususnya kajian sosiologi dan antropologi), menyifatkan nilai setia sebagai nilai yang negatif kerana pemupukan nilai setia dikatakan menjadi punca pengekalan unsur-unsur feudalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkaitan antara nilai sosial dan nilai linguistik inilah yang telah menimbulkan konflik nilai berkaitan nilai setia. Berbantukan data korpus (subkorpus data akhbar, buku dan majalah), analisis terhadap nilai leksis setia berjaya membuktikan bahawa, dari sudut nilai linguistik, setia adalah leksis dalam kelas semantik nilai yang bersifat ameliorisasi, iaitu leksis yang mengalami perkembangan makna yang baik, positif dan menyenangkan hasil kolokasi leksis tersebut dengan kumpulan leksis yang juga turut boleh diklasifikasikan dalam kumpulan leksis yang mengalami perkembangan makna yang baik, positif dan menyenangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | prosodi semantik; nilai; setia; leksis dominan; ameliorisasi. |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 4909 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 31 May 2012 03:02 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page