Peluasan makna alim: analisis semantik kognitif

Nor Hashimah Jalaluddin, and Anida Sarudin, and Zaharani Ahmad, (2012) Peluasan makna alim: analisis semantik kognitif. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (2 (spe). pp. 457-473. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
106kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna lain dan berbeza dengan dapatan kamus (Kamus Dewan Ed-ke 4, 2007). Setiap peluasan ini adalah bermotivasi dan bukan wewenang. Berteraskan teori semantik kognitif dengan memanfaatkan teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi setiap motivasi peluasan makna dapat dijelaskan secara berpada.

Item Type:Article
Keywords:teori prototaip; kategori jaringan radial; skema imej; metafora konsepsi; metonimi.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:4918
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:31 May 2012 03:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page