Analisis penggunaan strategi komunikasi dalam komunikasi lisan bahasa Arab

Ashinida Aladdin, (2012) Analisis penggunaan strategi komunikasi dalam komunikasi lisan bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (2 (special edition)). pp. 645-666. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
162Kb

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana para pelajar di peringkat menengah mengatasi masalah kekurangan leksikal ketika bertutur dalam bahasa Arab. Ia juga bertujuan untuk mengkaji apakah kategori strategi komunikasi yang digunakan secara umum dan yang paling kerap digunakan oleh responden sebagai usaha untuk meneruskan komunikasi dalam bahasa Arab serta memastikan mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar dapat difahami. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dimana data dikumpul melalui kaedah temubual separa-berstruktur dalam bahasa Arab dengan 6 orang (n=6) responden dari Tingkatan 6 Atas dari salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor. Data lisan dari rakaman temubual telah ditranskripsi, kemudian dianalisa menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang dibangunkan oleh Tarone (1983) dan telah disusun semula secara konsepsual oleh Faerch dan Kasper (1983b; 1984) dan Bialystok (1990) bagi mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan ketika berhadapan dengan kekurangan leksikal semasa bertutur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah menggunakan strategi pencapaian secara ekstensif daripada strategi pengelakan. Oleh yang demikian, penggunaan strategi komunikasi yang merupakan satu teknik yang sistematik untuk menyampaikan mesej, dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian komunikatif mereka dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Arab walaupun mereka mempunyai pengetahuan linguistik yang terhad dalam bahasa sasaran tersebut.

Item Type:Article
Keywords:strategi komunikasi; pertuturan; leksikal; bahasa Arab; bahasa kedua.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:4936
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:31 May 2012 15:14
Last Modified:18 Jun 2012 12:16

Repository Staff Only: item control page