Yong, Chyn Chye and Vijayaletchumy Subramaniam, (2012) Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa melayu oleh pelajar asing. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (2 (spe). pp. 667-692. ISSN 1675-8021
|
PDF
228kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html
Abstract
Kajian ini menyelidik kesilapan leksikal dan mengklasifikasikan jenis kesilapan dalam aspek fonologi yang dilakukan oleh pelajar asing dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kedua-dua pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesilapan diaplikasikan dalam penulisan pelajar asing yang berasal dari Botswana, China, Iran dan Indonesia. 75 orang pelajar asing ini telah mengikuti kelas Bahasa Kebangsaan B selama empat belas minggu. Ujian penulisan dan pemerhatian selama lapan minggu digunakan dalam proses pengumpulan data. Sebanyak 182 kes kesilapan ortografi/ ejaan telah dikenal pasti dan digolongkan kepada lima aspek mengikut tahap kesukaran penguasaan yakni kata angka asas, diikuti kata tanya, kata komunikasi asas, kata ganti nama diri, dan akhirnya kata sapaan. Jenis kesilapan fonologi yang paling kerap direkod adalah penukaran huruf dengan huruf lain. Kesilapankesilapan berkenaan adalah berbeza antara pelajar mengikut latar belakang demografi, khasnya negara asal dan bahasa ibunda. Ini mencadangkan bahawa pelajar-pelajar yang berbilang bangsa memerlukan penekanan atau bimbingan yang berbeza. Walau bagaimanapun, pelajar asing setakat ini masih pasif dalam pembelajaran bahasa Melayu kerana lokasi pengajian lebih mendedahkan pelajar terhadap aplikasi bahasa Inggeris. Justeru, peranan guru bahasa dan motivasi pembelajaran amat penting. Selain itu, persediaan kaedah, bahan rujukan dan aktiviti pengajaran bagi menarik minat pelajar juga harus dititikberatkan. Dapatan dan cadangan yang diusulkan ini adalah penting terutamanya bagi bakal tenaga pengajar yang akan berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini selaras dengan usaha mempromosikan bahasa Melayu di arena antarabangsa dan menjadi pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10 yang berpelan menarik seramai 150 ribu pelajar asing.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | analisis kesilapan; bahasa Melayu; pelajar asing; kesilapan leksikal; kesilapan ortografi. |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 4937 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 31 May 2012 07:33 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page