Shahidi, A.H and Rahim Aman, and Zulkifley Hamid, (2012) Kajian akustik realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (2 (spe). pp. 745-760. ISSN 1675-8021
|
PDF
231kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html
Abstract
Kertas kerja ini menyerlahkan hasil kajian akustik terhadap realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif bahasa Melayu. Pengukuran secara akustik (via analisis spektrografik) ini melibatkan penelitian ke atas ciri Voice Onset Time (VOT), Tempoh Sekatan, Penyuaraan Sewaktu Sekatan, Tempoh Kepanjangan Vokal dan Palang Suara bagi plosif /p, b, t, d, k, g/. Bagi bunyi plosif di posisi akhir kata, pengukuran khusus dilakukan dengan meneliti keseluruhan rima sukukata akhir dan pola suara (Open Quotient, F1 Bandwidth dan Spectral Tilt). Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam kelompok SVL vs. VL. SVL adalah VOT Penyuaraan Singkat atau Serta-merta (Short Voicing Lag) bagi bunyi plosif tak bersuara manakala VLD adalah VOT Penyuaraan Awalan (Voicing Lead) bagi bunyi plosif bersuara. Kajian ini turut menyerlahkan bukti pola neutralisasi kontras penyuaraan plosif di posisi akhir kata bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kajian akustik; analisis spektrografik; plosif; kontras penyuaraan; Voice Onset Time. |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 4941 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 31 May 2012 08:20 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page