Kesan ekstrak akuas Lunasia amara Blanco terhadap kualiti sperma kesuburan dan kelakuan seksual tikus jantan

Muhamad Jafar Luthfi, and Mahanem Mat Noor, (2009) Kesan ekstrak akuas Lunasia amara Blanco terhadap kualiti sperma kesuburan dan kelakuan seksual tikus jantan. Sains Malaysiana, 38 (5). pp. 793-797. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF

Official URL: http://www.ukm.my/~jsm/utama.html

Abstract

Sanrego (Lunasia amara Blanco) digunakan masyarakat tempatan di Indonesia sebagai bahan afrodisiak dan mampu mengatasi masalah kesuburan lelaki. Penyelidikan ini mengkaji kesan pengambilan ekstrak akuas sanrego pada dos 30, 60 dan 90 mg/kg berat badan masing-masing terhadap bilangan, motiliti dan morfologi sperma serta tahap kesuburan dan afrodisiak tikus jantan. Kumpulan kawalan diberikan air suling. Semua perlakuan diberikan secara suap-paksa sekali sehari pada pukul 10.00 pagi-11.00 pagi selama 42 hari diikuti dengan analisis sperma dan ujian tahap kesuburan. Analisis sperma menunjukkan bahawa sanrego mempunyai kesan peningkatan bilangan sperma dengan gred motiliti terbaik (gred a) dengan signifikan tanpa mempengaruhi morfologi sperma. Pengujian tahap kesuburan menunjukkan peningkatan pada kumpulan haiwan perlakuan. Jumlah bilangan pemanjatan tikus jantan dengan perlakuan sanrego juga lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini mendapati tumbuhan sanrego berpotensi meninggikan kesuburan dan mempunyai kesan afrodisiak pada haiwan jantan.

Item Type:Article
Keywords:Afrodisiak; analisis sperma; kesuburan; Lunasia amara
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:08 Oct 2010 15:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:26

Repository Staff Only: item control page