Siti Rohaidah Ahmad, and Azuraliza Abu Bakar, (2005) Perlombongan data prestasi pelajar siswazah menggunakan kaedah aruhan berasaskan atribut. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 2 . pp. 1-17. ISSN 1823-0113
PDF
Restricted to Repository staff only 142kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol2_2005_1-17.html
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan dengan terperinci kaedah aruhan berasaskan atribut yang merupakan satu kaedah perlombongan data. Pelbagai jenis pengetahuan boleh diperoleh melalui kaedah ini antaranya petua pengelasan, petua ciri, petua pengelasan kuantitatif, petua ciri kuantitatif dan sebagainya. Konsep pengitlakan dan ringkasan merupakan perkara asas dalam melaksanakan kaedah ini. Pengitlakan data dilaksanakan ke atas satu set data yang relevan dengan cara penghapusan atribut, pohon konsep menaik, mengawal proses pengitlakan dengan menetapkan nilai ambang bagi atribut, pembilang perambatan dan nilai fungsi jumlah yang lain. Dua algoritma telah dibina iaitu algoritma kaedah aruhan berasaskan atribut dan algoritma arahan bahasa pertanyaan piawai. Algoritma arahan bahasa pertanyaan piawai bertindak sebagai perantaraan dengan pangkalan data dalam melaksanakan segala arahan bahasa pertanyaan piawai dengan pangkalan data hubungan. Kedua-dua algoritma ini saling berkaitan dalam melaksanakan kaedah aruhan berasaskan atribut yang berorientasikan bahasa pertanyaan piawai. Satu pangkalan data hubungan telah direka bentuk dan dibangunkan untuk menyimpan data pelajar siswazah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Data ini digunakan dalam menguji kedua-dua algoritma tersebut. Satu set petua pengelasan dihasilkan yang mengandungi pengetahuan berkenaan pencapaian pelajar siswazah. Petua-petua ini diuji menggunakan set data uji untuk menentukan ketepatan pengelasannya. Hasil uji kaji menunjukkan set petua yang dihasilkan boleh digunakan untuk mengelaskan pencapaian pelajar siswazah pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 5001 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 06 Jun 2012 07:34 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page