Papan putih maya interaktif (IVBoard):penilaian terhadap interaksi dan kepuasan pengguna

Zulikha Jamaludin, and Alawiyah Abdul Wahab, and Fakhrul Anuar Aziz, and Khairul Najmy Abd Rani, (2005) Papan putih maya interaktif (IVBoard):penilaian terhadap interaksi dan kepuasan pengguna. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 2 . pp. 33-48. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

195kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol2_2005_33-48.html

Abstract

Sebuah prototaip papan putih maya, Interactive Virtual white Board (IVBoard), dibina untuk tujuan perbincangan dan pembuatan keputusan dalam talian pada masa nyata. IVBoard adalah aplikasi Computer-supported Cooperative Work (CSCW) yang dibina untuk membolehkan sehingga 50 pihak berinteraksi secara dupleks penuh dengan keupayaan hantaran teks, grafik bitmap serta audio. Sebuah pelayan berbilang pengguna dan komponen antara muka berbilang pengguna diperlukan untuk membolehkan interaksi masa nyata dilakukan di antara semua pengguna IVBoard pada satu-satu masa. Prototaip ni telah digunakan oleh kakitangan akademik dan segolongan pelajar Universiti Utara Malaysia. Selepas setahun digunakan, timbul keperluan untuk menilai tahap keberkesanannya dari segi peningkatan interaksi semasa perbincangan dan kepuasan pengguna. Ini adalah kerana penilaian menjadi semakin perlu sama ada sebagai sebahagian daripada perbaikan reka bentuk prototaip atau sebagai mekanisme jaminan kualiti IVBoard. Penilaian dalam kertas kerja ini mengukur (1) tahap nteraksi pengguna yang menggunakan IVBoard, (2) membuat perbandingan tahap interaksi melalui IVBoard dengan tahap interaksi melalui perbincangan tradisional, dan (3) menilai kepuasan subjektif pengguna. Penilaian (1) dan (2) menggunakan kaedah uji kaji makmal dengan pemerhatian dan analisis rakaman video, manakala penilaian (3) menggunakan soal selidik dengan model penilaian antara muka pengguna yang telah diiktiraf iaitu QUIS.

Item Type:Article
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:5003
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:06 Jun 2012 08:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page