Mahshitah Abdul Manan, and Zawiyyah Mohammad Yusof, and Ibrahim Mohamed, and Kamaruzzaman Matharsha, (2005) Konflik dan kesamaran peranan di kalangan personel teknologi maklumat di sektor awam di Malaysia. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 2 . pp. 49-61. ISSN 1823-0113
PDF
Restricted to Repository staff only 54kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol2_2005_49-61.html
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud konflik dan kesamaran peranan di kalangan personel teknologi maklumat (IT) di sektor awam di Malaysia. Kajian juga bertujuan untuk meninjau sama ada konflik dan kesamaran peranan yang dialami oleh personel IT dipengaruhi oleh faktorfaktor demografi seperti jantina, umur, kumpulan pengurusan dan tempoh berada dalam perkhidmatan. Beban peranan dan kepuasan terhadap tugas juga dikaji untuk melihat hubungannya dengan konflik dan kesamaran peranan. Seramai 250 personel IT dari beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dipilih sebagai sampel kajian secara rawak. Kajian mendapati wujudnya konflik peranan dan beban peranan di kalangan personel IT di sektor awam. Bagaimanapun, tahap konflik peranan dan beban peranan yang dialami pada keseluruhannya adalah rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan dari aras konflik mengikut jantina dan umur, tetapi personel IT tidak mengalami kesamaran peranan, sebaliknya jelas terhadap bidang tugas, objektif tugas, tanggungjawab serta peranan masing-masing. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara beban peranan dengan konflik peranan, manakala kepuasan terhadap tugas tidak menunjukkan hubungan dengan konflik peranan.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 5005 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 06 Jun 2012 08:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page