Pengurusan sedimen terhadap sumber air bersepadu: satu kajian kes di Sungai Chini, Pekan Pahang

Mohd Ekhwan Toriman, and Mohd Khairul Amri Kamarudin, and Nor Azlina Abd Aziz, and Haslinur Md Din, and Frankie Marcus Ata, and Nur Munirah Abdullah, and Mushrifah Idris, and Nor Rohaizah Jamil, and Nurul Syazwani Abdul Rani, and Mohd Hafiz Saad, and Noraini Wahida Abdullah, and Muhammad Barzani Gasim, and Mazlin Mokhtar, (2012) Pengurusan sedimen terhadap sumber air bersepadu: satu kajian kes di Sungai Chini, Pekan Pahang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 267-283. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Proses pengangkutan sedimen penting bagi pengukuran terhadap pelbagai aspek di dalam sesuatu aliran, termasuklah terhadap pengurusan sumber air bersepadu. Kajian analisis pengangkutan sedimen dan pengurusan sumber air bersepadu telah dijalankan di Sungai Chini, Pekan, Pahang pada 16/8/08 (musim normal) dan 4/12/08 (musim hujan). Satu-satunya aliran yang mengalir keluar dari Tasik Chini ke Sungai Pahang adalah Sungai Chini. Masalah sedimentasi yang berlaku di kawasan Sungai Chini memberi kesan yang besar terhadap penggunaan dan pengurusan sumber air di sekitar Tasik Chini. Jumlah sedimen yang banyak mendatangkan kesan terhadap penggunaan air masyarakat setempat, aktiviti rekreasi bagi tujuan pelancongan, pemendapan sedimen yang akhirnya menyebabkan sungai menjadi cetek dan berlakunya banjir. Kajian ini dijalankan bagi menganggar penghasilan muatan sedimen terampai di kawasan tadahan dan kesannya terhadap sumber air di sekitar Tasik Chini. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih, iaitu di Hulu Sungai Chini (S1), Tengah Sungai Chini (S2) dan Hilir Sungai Chini (S3). Bagi tujuan kajian ini, tiga parameter telah diukur, iaitu keratan rentas sungai, kepekatan sedimen terampai (mg/L) dan luahan sungai (dalam m3/s). Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan nilai luahan harian dianggarkan 136,656,000 L/hari pada musim normal dan 340,057,600 L/hari pada musim hujan. Purata konsentrasi sedimen terampai yang direkodkan bagi setiap stesen menunjukkan nilai berbeza bagi ke dua-dua jangka waktu, iaitu 40.8 mg/L pada musim normal dan 78 mg/L pada musim hujan. Nilai purata bagi ke semua stesen ini apabila ditukarkan kepada penghasilan muatan sedimen terampai per hari ialah di antara 318.329 tan/hari pada musim normal dan 3,192.155 tan/hari pada musim hujan. Secara keseluruhannya, angka ini jika ditakrifkan kepada setiap kilometer persegi menunjukkan anggaran purata sedimen yang diangkut keluar dari Tasik Chini ialah 1,755.242 tan/km²/tahun. Input daripada analisis ini penting dalam pengurusan sungai dan sumber air bersepadu khususnya dalam konteks sumber air bagi kegunaan tempatan, ekopelancongan, biodiversiti sungai, hidrologi dan hidraulik saliran.

Item Type:Article
Keywords:Sedimentasi; Sungai Chini; Muatan Sedimen; Pengurusan Sumber Air; Luahan Sungai.
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5010
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 06:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page