Liberalisasi pelaburan asing di Malaysia: masih rigid atau cukup liberal?

Nik Hairi Omar, and Jayum A. Jawan, and Zaid Ahmad, and Sarjit S.Gill, (2012) Liberalisasi pelaburan asing di Malaysia: masih rigid atau cukup liberal? e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 ( sp). pp. 156-172. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
269kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Liberalisasi pelaburan yang agresif telah menjadi keutamaan di kebanyakan negara yang menjadikan FDI sebagai strategi pertumbuhan dan pembangunan. Artikel ini meneliti sejauhmana pendekatan FDI di Malaysia dipraktik secara liberal atau rigid berdasarkan penilaian syarikat multinasional (MNC) ke atas tujuh pembolehubah: syarat masuk, insentif percukaian, perburuhan dan perhubungan perusahaan, tadbir urus, ekonomi domestik, sofistifikasi sistem kewangan dan penyertaan antarabangsa. Data kajian diperolehi daripada tinjauan soal selidik ke atas 31 buah syarikat MNC yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan 47.3 peratus indikator yang mengukur praktik pendekatan FDI adalah positif (liberal) dan baki 52.7 peratus dinilai secara negatif (rigid) oleh MNC. Daripada keseluruhan tujuh praktik pelaburan yang dikaji, tiga mendapat penilaian yang liberal dan empat adalah rigid. Dari perspektif pelabur, artikel merumuskan bahawa walaupun dasar FDI di Malaysia telah semakin liberal, namun praktik pendekatan FDI masih perlu diperbaiki. Aspek yang memerlukan banyak penambahbaikan ialah prosedur pelaksanaan insentif percukaian dan tadbir-urus pelaburan sementara aspek yang memerlukan sedikit penambahbaikan ialah praktik perhubungan perusahaan serta penyertaan antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Syarikat Multinasional; Pelaburan Asing; Pendekatan Pelaburan Asing.
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5011
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 07:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page