Hamil luar nikah dalam kalangan remaja.

Khadijah Alavi, and Salina Nen, and Fauziah Ibrahim, and Noremy Md. Akhir, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Noorhasliza Mohd Nordin, (2012) Hamil luar nikah dalam kalangan remaja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 ( sp). pp. 131-140. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
196kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Keluarga merupakan pelindung utama dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja. Remaja yang bertingkah laku negatif menunjukkan tidak ada perhubungan baik dengan keluarga. Ibu bapa kurang memberikan didikan rohani dan sosial yang sempurna kepada remaja sehingga mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang tidak terkawal. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tingkah laku ibu bapa dan pengalaman remaja yang hamil luar nikah. Reka bentuk kualitatif digunakan dalam meneroka pengalaman remaja dan ibu bapa mereka secara temu bual mendalam. Sampel kajian adalah seramai 6 responden yang melibatkan remaja yang hamil luar nikah tinggal di Taman Seri Puteri, Cheras. Temu bual telah dirakam, dilaporkan secara verbatim, disusun dan ditafsirkan serta merta selepas kajian lapangan. Tema utama diperoleh daripada analisis dan maklumat persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja yang hamil luar nikah tidak mempunyai perapatan dengan ibu bapa mereka dan mendorong remaja terlibat dalam aktiviti seksual yang tidak sihat. Persekitaran tempat tinggal, pengaruh rakan sebaya dan pendedahan mengenai aktiviti seksual secara berleluasa dalam jaringan web (internet) juga mempengaruhi remaja sehingga terjebak dalam hamil luar nikah. Pemantauan ibu bapa dan pihak sekolah secara berterusan boleh membantu remaja dalam mengurangkan kes remaja yang hamil luar nikah.

Item Type:Article
Keywords:Hamil luar nikah; salah laku seksual; remaja kefungsian keluarga
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5013
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 07:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page