Khadijah Alavi, and Rahim M. Sail, and Lukman Abdul Mutalib, and Anwar Ahmad, and Shamsul Shah Trajo, and Nor Ellina Abdul Razak, (2012) Kecerdasan sosial dan emosi guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi pelajar. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 94-104. ISSN 1823-884x
|
PDF
177kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/
Abstract
Tujuan utama artikel ini disediakan untuk meneroka kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Metodologi kualitatif telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Temu bual mendalam telah dikendalikan dengan 12 guru cemerlang yang mengajar pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa guru cemerlang pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah para pelajar. Cabaran utama guru pendidikan Islam ialah motivasi pelajar melalui sentuhan rohani dan emosi. Kreativiti guru dan keperibadian guru cemerlang memainkan peranan besar dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa prestasi akademik dan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan melalui pendidikan Islam. Guru pendidikan Islam perlu menekankan kemahiran kecerdasan emosi dan sosial supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lebih berkesan, lancar dan dapat menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan emosi; kecerdasan sosial; guru cemerlang pendidikan Islam; prestasi pelajar |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 5016 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 09 Jun 2012 09:53 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page