Manifestasi penjagaan keluarga: tekanan psikologikal dalam menjaga pesakit mental

Mohd Suhaimi Mohamad, and Chong, Sheau Tsuey and Norulhuda Sarnon, and Fauziah Ibrahim, and Khadijah Alavi, and Noremy Md Akil, (2012) Manifestasi penjagaan keluarga: tekanan psikologikal dalam menjaga pesakit mental. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 59-75. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Penjaga keluarga memainkan peranan penting dalam penjagaan pesakit mental dalam komuniti. Perubahan lokus rawatan pesakit mental telah memindahkan beban penjagaan ke atas keluarga. Keadaan ini memberi cabaran kepada penjaga keluarga di Malaysia apabila harus berhadapan dengan kesan langsung dan tidak langsung yang wujud dari penyakit mental. Kajian ini bertujuan membincangkan tentang peranan penjagaan dan kesan psikologikal penjaga keluarga yang menjaga pesakit mental dalam komuniti. Seramai 24 orang responden telah terlibat dalam kajian berbentuk kualitatif ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga peranan utama yang dimainkan oleh penjaga keluarga iaitu penjagaan emosi, penjagaan fizikal dan advokasi. Dalam perlaksanaan peranan ini, penjaga dilihat menghadapi pelbagai cabaran dari segi ekpresi emosi, kesan-kesan psikososial dan isu-isu persekitaran. Terdapat enam jenis emosi yang diekspresikan oleh penjaga keluarga seperti kerisauan, tekanan, hilang harapan, rasa kehilangan, malu dan rasa bersalah. Penjaga keluarga turut mengalami kesan-kesan psikososial seperti masalah kewangan, kesan ke atas keluarga, gangguan aktiviti sosial, masalah kesihatan fizikal dan keperluan sokongan. Penjagaan pesakit mental di rumah turut menyebabkan penjaga berhadapan dengan stigma sosial yang wujud dalam komuniti yang berkait rapat dengan penyakit mental. Justeru itu, kesemua faktor-faktor dalaman dan luaran yang dimanifestasikan oleh penjaga keluarga perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan mental kepada pesakit mental dan tidak hanya memfokuskan intervensi mereka kepada pesakit tetapi juga penjaga keluarga

Item Type:Article
Keywords:Penjagaan; Keluarga; Penyakit Mental; Tekanan; Psikososial
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5018
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 12:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page