Kajian kes inses bapa-anak perempuan: memahami pengalaman dari perspektif mangsa

Salina Nen, and Fauziah Ibrahim, and Suzana Mohd Hoesni, and Zaizul Abdul Rahman, (2012) Kajian kes inses bapa-anak perempuan: memahami pengalaman dari perspektif mangsa. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 46-58. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
187kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi

Abstract

Artikel ini merupakan satu kajian kes ke atas seorang wanita yang menjadi mangsa inses bapa-anak perempuan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapat pemahaman lebih mendalam daripada perspektif mangsa berhubung pengalaman inses yang dialami oleh mangsa. Antara isu yang diterokai termasuklah interpretasi tentang penderaan seksual dialami, strategi daya tindak, kesejahteraan psikologikal, persepsi terhadap pelaku dan niat pendedahan. Metod kajian ini ialah kualitatif di mana kaedah temubual separa berstruktur digunakan untuk mendapatkan data dan analisis kualitatif digunakan untuk membentuk tema-tema dari temubual yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan responden melaporkan perasaan keliru, rasa bersalah, takut, menyalahkan diri sendiri dan rasa terperangkap dengan apa yang dialami. Daripada aspek daya tindak, responden banyak bergantung kepada sumber dalaman sebagai strategi daya tindak seperti suppression, minimization dan kerohanian dalam menangani tekanan psikologi yang dialami.Implikasi kajian ke atas pencegahan dan intervensi turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:sumbang mahram; inses; penderaan seksual kanak-kanak; rogol; penderaan kanak-kanak
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5019
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 12:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page