Motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia

Sheau g, Tsuey Chon and Juliana Rosmidah Jaafar, and Samsudin A. Rahim, and Nurhana Zainal, and Subhi, N and Nor Ba’yah Abdur Kadir, (2012) Motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 26-33. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
162kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi

Abstract

Pencapaian akademik merupakan wadah untuk mengubah kehidupan belia di kawasan berisiko tinggi. Pencapaian akademik yang baik ini boleh dicapai sekiranya belia mempunyai motivasi diri dan mendapat sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengukur faktor motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan data yang dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 744 orang belia berusia antara 12 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi diri dan dorongan ibu bapa mempunyai perkaitan positif dengan minat terhadap akademik pelajar. Artikel ini mendapati bahawa motivasi diri adalah faktor utama diikuti dengan sokongan ibu bapa yang juga memberi kesan positif kepada minat terhadap akademik pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa untuk kejayaan dalam bidang akademik dalam kalangan belia berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan faktor dalaman diri, di samping mendapat bimbingan dan galakan daripada ibu bapa. Bagi kajian selanjutnya, pengkaji yang lain boleh meneliti persekitaran kejiranan yang positif dan perkaitannya dengan kejayaan belia dalam kehidupan

Item Type:Article
Keywords:belia; berisiko tinggi; motivasi diri; dorongan ibu bapa; pencapaian akademik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5021
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 12:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page