Hubungan faktor dalaman penderaan fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa

Noremy Md. Akhir, and Khadijah Alavi, and Salina Nen, and Fauziah Ibrahim, and Suhaimi .M Mohamad, and Nazirah Hassan, (2012) Hubungan faktor dalaman penderaan fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1 (spe). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi

Abstract

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang akan menyambung kepada pembangunan negara dan aset sumber manusia pada masa akan datang. Oleh itu, kerajaan amat prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak. Namun begitu, masyarakat kini sering dikejutkan dengan pelbagai berita yang berkaitan dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak. Hampir setiap hari akhbar Malaysia memaparkan kes penderaan melibatkan kanak-kanak. Isu yang lebih meruncing ialah kemerosotan institusi keluarga yang mengundang pelbagai impak yang menghalang dalam melahirkan masyarakat sejahtera dan penyayang. Objektif utama artikel ini adalah mengenalpasti ciri demografi dan latarbelakang pendera dan mengenalpasti punca penderaan fizikal kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa Melayu di negeri Selangor. Rekabentuk kajian adalah kualitatif, di mana seramai lapan (8) orang responden telah dipilih melalui persampelan bertujuan dan telah ditemu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati personaliti diri responden, pengetahuan agama yang lemah, tekananyang dihadapi dalam kehidupan harian dan pengalaman trauma penderaan yang dialami sebagai faktor dalaman yang mendorong ibubapa melakukan penderaan fizikal terhadap anak mereka. Implikasinya,pekerja sosial, pegawai psikologi dan kaunselor perlu mengambil kira faktor-faktor ini dalam menyediakan intervensi dan rawatan untuk mereka yang terlibat dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak.Dalam usaha melindungi kanak-kanak ini komitmen secara kolektif daripada pembuat dasar, pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan anggotamasyarakat amat diperlukan.

Item Type:Article
Keywords:Penderaan fizikal kanak-kanak; Faktor dalaman; Ibubapa; Personaliti diri; Tekanan hidup; Trauma penderaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5023
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jun 2012 12:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page