Pengurusan ladang mesra alam sekitar bagi mengatasi masalah hakisan tanih: pengalaman England

Mokhtar Jaafar, (2012) Pengurusan ladang mesra alam sekitar bagi mengatasi masalah hakisan tanih: pengalaman England. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 228-242. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi

Abstract

Sektor pertanian di England telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada masalah alam sekitar terutama berkait dengan pendegradasian kualiti air sungai akibat daripada salah-urus tanah pertanian. Salah satu daripada penyumbang tersebut adalah penanaman jagung silaj. Sehubungan itu artikel ini bertujuan untuk menjelaskan fungsi dasar, panduan dan skim galakan yang dilaksanakan oleh DEFRA, dengan kerjasama EA, bagi mewujudkan pembangunan mapan dan pengurusan ladang jagung silaj yang mesra alam. Ini dilaksanakan melalui beberapa pendekatan yang diperkenalkan melalui CAP (Common Agricultural Policy), CSF (Catchment Sensitive Farming), AES (Agri-Environment Scheme), COGAP (Code of Good Agriculture Practise), serta WFD (Water Framework Directive) dan DWPA (Diffuse Water Pollution from Agriculture). Semua dasar tersebut dilaksanakan melalui pelbagai skim insentif (SFP-SPS, ESS-ESA, CSF-ECSFDI) serta garis panduan yang disediakan (GAEC, SMR, SPR, SMP, FER, FEP, RBPG, COGAP-POS dan COGAP-POW), dan perlu dipatuhi bagi memastikan masalah hakisan tanih dan rebakan pencemaran berkait dengan penanaman jagung silaj di England dapat diatasi.

Item Type:Article
Keywords:England; penanaman jagung silaj; hakisan tanih; pembangunan mapan; pendekatan mesra alam
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5026
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Jun 2012 03:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page