Pembangunan perisian kursus multimedia-interaktif simpulan bahasa Thai berdasarkan anatomi (pkmi-sbt).

Zulkifli Ahmad, (2012) Pembangunan perisian kursus multimedia-interaktif simpulan bahasa Thai berdasarkan anatomi (pkmi-sbt). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 200-214. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
695kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/

Abstract

Pembelajaran bahasa Thai adalah sukar bagi kebanyakan pelajar tempatan kerana terdapat perbezaan yang ketara dari segi sistem tulisan, sistem sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan semantik. Walau bagaimanapun, sebagai bahasa jiran tetangga Malaysia beberapa persamaan dapat juga dikenalpasti dalam aspek nilai-nilai kemasyarakatan. Kajian ini memberi tumpuan pada simpulan bahasa Thai berdasarkan 15 bahagian anatomi tubuh manusia. Bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran simpulan bahasa Thai tersebut, suatu perisian kursus multimedia-interaktif dibangunkan. Pembangunannya adalah berdasarkan teori pembelajaran kognitivis-konstruktivis, pendekatan pedagogi, prinsip multimedia, prinsip interaktif dan prinsip antara muka pengguna untuk menghasilkan model reka bentuk berarahan dan modul-modul pembelajaran. Perisian kursus ini diberi judul Perisian Kursus Multimedia-Interaktif Simpulan Bahasa Thai Berdasarkan Anatomi (PKMI-SBT). Objektif pembangunan perisian tersebut adalah untuk dijadikan sebagai bahan bantu pembelajaran bagi meningkatkan proses pembelajaran pelajar yang mengikuti kursus-kursus bahasa Thai.

Item Type:Article
Keywords:pembangunan; perisian; kursus; multimedia-interaktif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:5027
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Jun 2012 03:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page