Keberkesanan penggunaan buku elektronik: penulisan karangan berbentuk deskriptif

Jamaludin Haji Badusah, and Mohamed Amin Embi, (2006) Keberkesanan penggunaan buku elektronik: penulisan karangan berbentuk deskriptif. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 3 . pp. 43-54. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

109kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol3_2006_43-54.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku elektronik terhadap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu berbentuk deskriptif di sekolah menengah. Melalui aktiviti penulisan karangan, pelajar di dalam kumpulan eksperimen diberi rawatan untuk mendokumentasikan maklumat yang diperolehi dengan bantuan buku elektronik. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan empat (n = 120). Seramai 60 orang dijadikan kumpulan eksperimen dan 60 orang lagi sebagai kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada karangan deskriptif yang diskorkan dengan Skema Pemarkahan Karangan (Bahasa Malaysia I) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis multivariat untuk menguji min skor karangan dan skor nilai tambah menggunakan General Linear Model - ANOVA Repeated Measures serta analisis regrasi berganda (Multiple Regression Analysis). Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berbentuk deskriptif bahasa Melayu. Skor nilai tambah karangan perbincangan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Faktor rawatan telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pencapaian skor ujian pos berbanding dengan pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada peringkat PMR yang digunakan sebagai kovariat. Dari segi afektif, dapatan kajian menunjukkan minat, sikap, motivasi dan efikasi-kendiri pelajar adalah baik manakala tahap kebimbangan adalah sederhana terhadap penggunaan buku elektronik.

Item Type:Article
Keywords:Buku elektronik; penulisan karangan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:5034
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:12 Jun 2012 01:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page