Penilaian kepenggunaan reka bentuk antara muka perisian kursus matematik Sekolah Bestari

Azizah Jaafar, and Halimah Badioze Zaman, and Tengku Mohd Tengku Sembok, (2006) Penilaian kepenggunaan reka bentuk antara muka perisian kursus matematik Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 3 . pp. 89-106. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

235kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol3_2006_89-106.html

Abstract

Perisian kursus Matematik Sekolah Bestari telah diperkenalkan kepada 92 buah sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Projek Rintis Sekolah Bestari. Teknik penilaian empirik ujian pengguna melalui pemerhatian dengan menggunakan perakam video dibangunkan bertujuan untuk menilai kepenggunaan antara muka perisian kursus Sekolah Bestari. Teknik ini dinamakan Penerokaan Analisis Tugasan (PAT). Di samping kaedah pemerhatian, soal selidik juga digunakan. Petunjuk kepenggunaan yang digunakan dalam kajian ini ialah masa dan masalah kepenggunaan. Persepsi pengguna terhadap beberapa aspek utama perisian kursus Sekolah Bestari juga diambil kira sebagai petunjuk kepenggunaan. Petunjuk kepenggunaan yang diperoleh dalam kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menguji dan membandingkan keberkesanan teknik penilaian kepenggunaan lain yang digunakan dalam proses penilaian antara muka perisian kursus bagi mata pelajaran yang sama.

Item Type:Article
Keywords:Perisian kursus sekolah bestari; projek rintis sekolah bestari; ujian pengguna; kepenggunaan antara muka; penerokaan analisis tugasan; petunjuk kepenggunaan; masalah kepenggunaan; persepsi pengguna
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:5037
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:12 Jun 2012 01:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page