Pengekstrakan dan perwakilan semantik dokumen web berorientasikan domain ontologi

Arifah Che Alhadi, and Lailatul Qadri Binti Zakaria, and Shahrul Azman Mohd Noah, and Tengku Mohd Tengku Sembok, (2007) Pengekstrakan dan perwakilan semantik dokumen web berorientasikan domain ontologi. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 4 . pp. 1-18. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

409kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol4_2007_1-18.html

Abstract

Internet menjadi pilihan sebagai prasarana asas bagi mendapatkan maklumat digital pelbagai topik dari seluruh dunia. Namun demikian kebanyakan dokumen web dalam internet ini adalah tidak berstruktur dan tidak mempunyai maklumat semantik dokumen. Sistem pengekstrakan maklumat yang ada lebih memfokuskan kepada pengekstrakan konsep penting dalam mewakili kandungan dokumen tanpa mengambil kira aspek semantik. Perwakilan kandungan maklumat dalam bentuk kaya semantik merupakan salah satu visi web semantik. Kertas kerja ini membincangkan pengaplikasian pendekatan ontologi dan pemprosesan bahasa tabii dalam menyokong pengekstrakan dan perwakilan maklumat semantik dokumen web. Memandangkan penganotasian maklumat semantik secara manual daripada dokumen web adalah tidak praktikal dan pembangunan sistem automatik sepenuhnya masih terlalu awal untuk diimplementasikan, maka pendekatan separa-automatik telah diusulkan. Dalam hal ini, sistem berfungsi untuk memandu pengguna dalam pemodelan semantik dokumen web yang seterusnya menghasilkan kandungan dokumen web atau set dokumen web yang lebih kaya semantik. Model semantik yang dijana diwakilkan dalam format XML.

Item Type:Article
Keywords:Perwakilan semantik dokumen; pengekstrakan maklumat semantik; ontologi; analisis bahasa tabii.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:5039
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:12 Jun 2012 01:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page