Penjanaan soalan formatif dalam sistem pembelajaran penguasaan secara latih tubi di persekitaran web

Norazah Yusof, and Abdul Razak Hamdan, and Abdul Hamid Nasir, (2007) Penjanaan soalan formatif dalam sistem pembelajaran penguasaan secara latih tubi di persekitaran web. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 4 . pp. 93-113. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

350kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol4_2007_93-113.html

Abstract

Kertas kerja ini memfokuskan kepada pendekatan penjanaan secara rawak terpilih bagi item-item soalan formatif dalam sistem pembelajaran latih tubi. Item-item soalan dikategorikan mengikut enam aras keupayaan kognitif taksonomi Bloom. Pendekatan ini memastikan item-item soalan yang dikemukakan kepada pelajar adalah berpadanan dengan status terkini prestasi pembelajaran pelajar, sama ada Belum Menguasai, Sederhana Menguasai, atau Telah Menguasai. Kertas kerja ini juga membincangkan mengenai metod baris gilir prestasi berselang boleh ubah dalam melaksanakan strategi latih tubi, yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba semula item soalan yang dijawab salah. Menerusi metod ini sistem pembelajaran latih tubi dapat memastikan pelajar benar-benar telah dapat menguasai unit pelajaran tersebut atau sebaliknya. Penjanaan soalan-soalan formatif secara rawak terpilih dalam kajian ini didapati berjaya mengemukakan item-item soalan yang berpadanan dengan status pembelajaran pelajar, manakala pendekatan baris gilir berselang boleh ubah dengan efektif berupaya menyusun item-item soalan yang dijawab salah oleh pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Sistem pembelajaran latih tubi; Taksonomi Bloom; Pendekatan penjanaan secara rawak terpilih; Metod baris gilir prestasi berselang boleh ubah.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:5044
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:12 Jun 2012 01:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page