Bushro Binti Ali, and Halimah Badioze Zaman, (2008) Kejuruteraan perisian kursus multimedia matematik berasaskan model kecerdasan pelbagai (MI-MathS). Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 5 . pp. 41-63. ISSN 1823-0113
HTML
Restricted to Repository staff only | |
PDF
Restricted to Repository staff only 214kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol5_2008_41-63.html
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia telah digunakan sebagai komponen utama dalam mereka bentuk dan mengimplementasi suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perbezaan individu memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang direka bentuk berasaskan pengajaran berbantukan teknologi multimedia dapat memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berbeza. Kajian ini menggunakan teori kecerdasan pelbagai sebagai satu kriteria untuk menilai kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dalam membangunkan sebuah perisian multimedia, kerana teori ini dikenal pasti dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membangunkan sebuah perisian kursus multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi mempelajari topik trigonometri untuk pelajar tingkatan 4 (dipanggil MI-MathS). Kertas ini membincangkan model reka bentuk berarahan perisian yang merangkumi enam komponen iaitu: ciri kecerdasan pelbagai, hasil pembelajaran, teori pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, strategi dan interaktiviti.Tiga jenis strategi pengajaran diterapkan ke dalam perisian MI-MathS iaitu strategi pengajaran linguistik verbal (VL), strategi pengajaran matematik logik (LM) dan strategi pengajaran ruang visual (VS). Dapatan kajian menunjukkan penggabungan antara multimedia dan teori kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan pernyertaan aktif pelajar secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perisian multimedia; pendidikan matematik; teori kecerdasan pelbagai; model reka bentuk berarahan. |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 5048 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 12 Jun 2012 08:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:37 |
Repository Staff Only: item control page