Peruntukan aktiviti harian dan kesan aktiviti pengkayaan terhadap cimpanzi (Pan Troglodytes) di dalam kurungan

Badrul Munir Md-Zain, and Ng , Mei Yen and Idris Abd. Ghani, (2008) Peruntukan aktiviti harian dan kesan aktiviti pengkayaan terhadap cimpanzi (Pan Troglodytes) di dalam kurungan. Sains Malaysiana, 37 (1). pp. 15-19. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol37num1_2...

Abstract

Kajian kelakuan harian diurnal telah dijalankan ke atas beberapa ekor cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara. Objektif kajian ialah untuk mencerap peruntukan aktiviti harian cimpanzi di dalam kurungan dan mengkaji kesan pengkayaan terhadap kelakuannya. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan fokus dengan pengrekodan berterusan. Pemerhatian dijalankan selama 32 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan satu jam berehat. Fasa tanpa pengkayaan berlangsung selama 16 hari (80 jam 45 min). Fasa pengkayaan juga dilakukan selama 16 hari (86 jam 15 min). Hasil aktiviti harian menunjukkan cimpanzi banyak berehat (45.2%) dan memerhati persekitaran (16.81%) diikuti dengan aktiviti pergerakan (11.33%), makan (8.38%), berdandan (5.27%), mencari makanan (4.81%), tidur (3.40%), agresif (0.38%), kelakuan lain-lain yang tak tertakrif dalam skop kajian ini seperti kelakuan stereotipik (0.28%) dan kelakuan seksual (0.14%). Fasa pengkayaan memberi hanya perbezaan yang bererti kepada kelakuan mencari makanan (p<0.001), membina sarang (p<0.05) dan kelakuan memerhati persekitaran (p<0.05).

Item Type:Article
Keywords:Daily activity budget; enrichment activity; chimpanzee; captivity
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5115
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:18 Jun 2012 01:20
Last Modified:18 Jun 2012 01:20

Repository Staff Only: item control page