Pengambilan logam berat oleh nepenthes sp. dalam tanih bekas lombong besi dan timah, Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor

Sahibin Abd. Rahim, and Tukimat Lihan, and Baba Musta, and Adong Laming, and Zulfahmi Ali Rahman, and Wan Mohd. Razi Idris, and Muhd. Barzani Gasim, and Azman Hashim, and Sharilnizam Mohd. Yusof, and Liow , Hai Yin (2008) Pengambilan logam berat oleh nepenthes sp. dalam tanih bekas lombong besi dan timah, Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor. Sains Malaysiana, 37 (1). pp. 39-49. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol37num1_2...

Abstract

Kandungan logam-logam berat Pb, Zn, Ni, Co dan Cd pada empat bahagian tumbuhan Nepenthes sp. (akar, batang, daun dan periuk) serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dari kawasan bekas lombong bijih timah dan besi di Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor telah ditentukan. Komposisi logam-logam berat dalam sampel tanih diekstrak menggunakan campuran asid nitrik pekat dan asid perklorik. Pengekstrakan logam berat dalam tumbuhan pula dilakukan menggunakan kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam ekstrak larutan tanih dan tumbuhan ditentukan menggunakan Spektrofotometer Penyerapan Atom kaedah nyalaan (FAAS-model Perkin Elmer 3300). Nilai koefisien Penyerapan Biologi (BAC) yang merupakan nisbah kandungan logam berat dalam tumbuhan kepada kandungan logam berat dalam tanih ditentukan secara kiraan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tanih di kawasan kajian adalah berasid dan didominasi oleh pasir. Kandungan bahan organik dan kepekatan garam dalam tanih pula adalah rendah, manakala nilai pH adalah berasid. Logam Zn (698.5 mg/kg) menunjukkan kepekatan yang tinggi di dalam substrat tanih diikuti oleh logam Co (182.9 mg/kg), Pb (58.2 mg/kg), Ni (12.2 mg/kg) dan Cd (2.09 mg/kg). Kepekatan logam berat di dalam tumbuhan mengikut kepekatan menurun adalah Ni>Co>Cd>Pb>Zn. Kepekatan logam di dalam bahagian-bahagian tumbuhan tidak menunjukkan perbezaan signifikan bagi semua logam. Tumbuhan Nepenthes sp. didapati menumpukkan logam Ni dalam kepekatan yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan nilai BACnya yang tinggi. Tumbuhan ini mungkin boleh digunakan sebagai bio-penunjuk bagi kehadiran Ni dalam kepekatan yang tinggi di dalam tanih.

Item Type:Article
Keywords:Pengambilan logam berat; Nephentes sp.; Bekas lombong besi; timah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5118
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:18 Jun 2012 03:11
Last Modified:18 Jun 2012 03:11

Repository Staff Only: item control page