Nurul Huda Abd Karim, and Musa Ahmad, and Mohammad Osman, and Herman, and Ahmad Mahir Mokhtar, (2008) Bahan sensor untuk pengesanan pH menggunakan ekstrak rosel. Sains Malaysiana, 37 (1). pp. 59-63. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol37num1_2...
Abstract
Kajian ini menilai potensi ekstrak pewarna kaliks Hibiscus Sabdariffa L. (rosel) sebagai bahan sensor. Dalam kajian ini, sensor pH dibangunkan menggunakan ekstrak warna kemerahan semulajadi dalam kelopak rosel, delfinidin-3-sambubiosida yang dipegunkan dalam kertas turas gentian kaca. Dalam larutan bebas, ekstrak rosel dicirikan menggunakan spektrofotometer UL-nampak untuk mengkaji kesan pH, kepekatan ekstrak, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan dan analisis kestabilan foto. Ekstrak rosel terpegun dicirikan dengan menggunakan spektrofotometer pantulan untuk mengkaji kesan pH, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan, analisis kestabilan foto dan kajian histerisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak bahan semulajadi boleh digunakan sebagai bahan sensor dalam pembinaan sensor optik pH.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sensor pH; ekstrak rosel; delfinidin-3-sambubiosida. |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 5120 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 18 Jun 2012 03:22 |
Last Modified: | 18 Jun 2012 03:22 |
Repository Staff Only: item control page