Konstruk personel pelajar dalam penulisan kertas projek cadangan penyelidikan

Bahiyah Dato’ Abdul Hamid, and Fuzirah Hashim, and Siti Hamin Stapa, and Jamilah Mustafa, (2012) Konstruk personel pelajar dalam penulisan kertas projek cadangan penyelidikan. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 4 (2). pp. 17-32. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/

Abstract

Kebanyakan program akademik di peringkat Sarjana Muda memerlukan para pelajar menulis kertas projek sebagai sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan segulung ijazah. Bagi memenuhi keperluan ini, para pelajar dikehendaki menulis satu kertas projek di antara 12,000 ke 100,000 patah perkataan bergantung kepada tahap keperluan ijazah dan keperluan setiap institusi pengajian. Kajian ini adalah berasaskan kajian konstruk penulisan akademik pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi tempatan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, sama ada pelajar yang telah didedahkan kepada metodologi kajian dan kursus penulisan akademik telah menggunakan konstruk personal sendiri atau konstruk tutor mereka dalam penulisan mereka. Teori konstruk personal telah diaplikasikan dalam kajian ini, menggunakan Grid Repertori dan temu bual bersama responden untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:grid repertori; penulisan akademik; penulisan kertas cadangan penyelidikan; teori konstruk personal
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:5275
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Jul 2012 01:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page