Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik pelajar

Salasiah Hanin Hamjah, and Ermy Azziaty Rozali, and Rosmawati Mohamad Rasit, and Zainab Ismail, (2012) Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik pelajar. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 4 (2). pp. 51-60. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
195kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/

Abstract

Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian turut dilihat sebagai faktor pemangkin yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar lebih-lebih dalam kalangan pelajar Islam. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji bentuk amalan kerohanian yang dipraktikkan dalam kehidupan pelajar di Fakulti Pengajian Islam (FPI). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian akademik antara jantina serta mengkaji perkaitan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak sistematik (N=291). Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikal deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa jenis amalan kerohanian harian dan amalan kerohanian berkaitan pembelajaran dilakukan oleh pelajar FPI. Terdapat perkaitan yang signifikan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.262; p < 0.01).

Item Type:Article
Keywords:amalan kerohanian; pencapaian akademik; pelajar Pengajian Islam; spirituality
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:5277
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Jul 2012 02:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:37

Repository Staff Only: item control page