Mohd Raihan Taha, and Mohammad Khajehzadeh, and Ahmed El-Shafie, (2012) Penggunaan kaedah pengoptimuman kelompok zarah dalam menilai keboleharapan analisis kestabilan cerun tanah. Sains Malaysiana, 41 (7). pp. 847-854. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan pembangunan kaedah berangka untuk menilai keboleharapan cerun tanah dan menentukan kebarangkalian permukaan gelonsoran genting. Fungsi prestasi dirumuskan menggunakan kaedah had keseimbangan Bishop mudah untuk mengira indeks keboleharapan. Indeks keboleharapan yang ditakrifkan oleh Hasofer dan Lind digunakan sebagai indeks ukuran keselamatan. Pencarian permukaan gelonsoran genting secara kebarangkaliannya yang berkaitan dengan indeks keboleharapan terendah dirumuskan sebagai masalah pengoptimuman. Seterusnya pengoptimuman kelompok zarah digunakan untuk mengira indeks keboleharapan Hasofer dan Lind dan kebarangkalian permukaan kegagalan genting. Penggunaan algorithma ini ditunjukkan melalui tiga contoh berangka daripada kajian terdahulu. Keputusan menunjukkan bahawa kaedah yang dicadangkan berupaya untuk memberikan penyelesaian yang lebih baik bagi analisis keboleharapan cerun tanah berbanding dengan kaedah yang dilaporkan dalam kajian-kajian terdahulu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keboleharapan cerun; kestabilan cerun; pengoptimuman kelompok zarah |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 5297 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 05 Jul 2012 08:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page