Fotoelektrod tungsten trioksida terdop nikel untuk tindak balas pembelahan air fotoelektrokimia

Kim Hang, Ng and Lorna Jeffery Minggu, and Mohammad Hafizuddin Hj. Jumali, and Mohammad B. Kassim, (2012) Fotoelektrod tungsten trioksida terdop nikel untuk tindak balas pembelahan air fotoelektrokimia. Sains Malaysiana, 41 (7). pp. 893-899. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Tungsten trioksida (WO3) merupakan salah satu fotomangkin yang berpotensi dalam aplikasi penjanaan gas hidrogen daripada tindak balas pembelahan air. Dalam kajian ini, pelbagai komposisi filem nipis WO3 terdop nikel dihasilkan pada kaca stanum(IV) oksida terdop fluorin (FTO) dengan menggunakan asid tungstik dan nikel(II) asetat sebagai bahan pemula. Selepas disepuhlindap pada 500°C selama 30 min, sampel filem nipis ini dicirikan dengan menggunakan SEM, XRD, spektrofotometer UV-Vis serta analisis fotoelektrokimia (PEC). WO3 terdop nikel mempunyai saiz zarah yang lebih besar berbanding sampel WO3 tulen dan mempunyai struktur hablur monoklinik. Jurang tenaga WO3 terdop nikel yang dianggarkan daripada spektrum UV-Vis dengan menggunakan formula Tauc adalah lebih kecil berbanding jurang tenaga bagi WO3 tulen. Ujian aplikasi PEC di bawah sinaran lampu xenon menunjukkan kecekapan penghasilan gas hidrogen oleh filem WO3 terdop nikel yang digunakan sebagai fotoanod telah dipertingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:Fotoanod; pembelahan air secara langsung; penjanaan hidrogen; sel fotoelektrokimia; tungsten trioksida terdop nikel
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5303
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:06 Jul 2012 01:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page