Perspektif Guru j-Qaf terhadap Islam hadhari: kajian di Sekolah - sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor

Asrar Sidon, M and Badlihisham Mohd Nasir, (2012) Perspektif Guru j-Qaf terhadap Islam hadhari: kajian di Sekolah - sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 1-22. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

413kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi dalam strategi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perspektif guru-guru Pendidikan Islam j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Islam Hadhari dari sudut konsepnya dan strategi mereka menyisipkan Konsep Islam Hadhari dalam perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari dalam amalan bilik darjah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian dokumen, temubual dan soal selidik. Responden dalam kajian terdiri daripada 81 orang guru j-QAF di sekolah kebangsaan terpilih Daerah Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian menunjukkan guru j-QAF mempunyai perspektif yang sederhana terhadap konsep Islam Hadhari; dan perspektif yang sederhana juga ditunjukkan pada Panduan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari. Bagaimanapun, perspektif mereka tinggi terhadap kebolehupayaan mereka menyisipkan konsep Islam Hadhari di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekalipun begitu, perspektif mereka terhadap respons murid sewaktu konsep Islam Hadhari disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah ditahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru j-QAF mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari.

Item Type:Article
Keywords:perspektif; modal insan; penyisipan konsep Islam Hadhari;amalan bilik darjah respons murid
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5328
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 08:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page