Pandangan Islam terhadap tradisi dan kemodenan

Khalif Muammar A. Haris, (2012) Pandangan Islam terhadap tradisi dan kemodenan. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 23-48. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

441kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Umat Islam hari ini, tidak terkecuali para intelektualnya, mengalami dilema dalam menyikapi tradisi. Golongan modenis dan pascamodenis beranggapan bahawa tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan. Pada ekstrim yang berlawanan, golongan tradisionalis pula cenderung mengkuduskan tradisi sehingga menganggap segala yang diperturunkan tidak boleh diganggu gugat dan harus diterima sebagaimana adanya tanpa apa-apa perubahan. Ada juga yang menyerukan agar kita mengambil jalan tengah dengan menerima apa yang benar dan baik dan menolak apa yang salah dan buruk, tanpa suatu penjelasan ilmiah yang mencukupi. Makalah ini akan cuba menjelaskan nilai dan tempat yang wajar bagi tradisi atau turath mengingat bahawa ketidakjelasan dalam hal ini telah menyebabkan berlakunya banyak kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam, sehingga saling menyesatkan dalam perkara-perkara yang remeh, kecil atau furˑ. Makalah ini juga mengkritik pendekatan liberal dalam berhadapan dengan turath yang dapat mengakibatkan keruntuhan autoriti keagamaan (religious authority). Di samping itu makalah ini juga membahas bagaimanakah sikap yang sewajarnya ada pada umat Islam dalam menghadapi modeniti (modernity) Barat, juga mengkritik pendekatan golongan modenissekular yang cenderung meniru dan menerima secara a priori modeniti Barat.Ia berusaha memberikan perspektif yang jelas terhadap modeniti Barat, dan konsep pembangunan dan kemajuan berdasarkan kepada pandangan alam (worldview) Islam.

Item Type:Article
Keywords:tradisi; modeniti; turath; pembangunan; kemajuan; pandangan alam Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5329
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 08:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page