Perspektif badan bukan kerajaan Islam terhadap dasar penerapan nilai Islam dan pendekatan Islam hadhari

Amin Fadlillah, and Mohd. Redzuan Othman, (2012) Perspektif badan bukan kerajaan Islam terhadap dasar penerapan nilai Islam dan pendekatan Islam hadhari. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 49-76. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari merupakan agenda kerajaan yang dicetuskan bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan umat Islam di Malaysia khasnya di kalangan masyarakat Melayu. Meskipun kedua agenda itu terhasil dari idea kerajaan, namun dari segi kesan dan hasil program berkenaan menyerlahkan dimensi yang berlainan. Hal ini dapat dilihat dari kaji selidik terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, bagi mengetahui persepsi dan pandangan mereka terhadap kedua agenda berkenaan. Secara keseluruhan, wujud beberapa perbezaan jawaban dalam menilai Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari di kalangan mereka. Dalam memberikan pandangan terhadap pelaksanaan penerapan nilainilai Islam, golongan NGO cenderung menunjukkan respon positif terutama yang berkaitan dengan agenda mempertingkatkan kefahaman Islam, menyemai nilainilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum dan menggalakkan pendidikan Islam. Sebaliknya, kalangan NGO ini memberikan respons yang negatif terhadap pelaksanaan Islam Hadhari disebabkan pemerintah tidak menunjukkan penghayatan Islam dan contoh yang baik. Selain itu, pelaksanaan Islam Hadhari dianggap lemah kerana tiada gagasan yang konkrit.

Item Type:Article
Keywords:Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam; Islam Hadhari; NGO Islam; Masyarakat Sivil; Politik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5330
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 08:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page