Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia

Maisarah Saidin, and Latifah Abd. Majid, (2012) Pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 77-102. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

428kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian lepas, ibu-bapa, rakan sebaya dan media massa seperti televisyen dan internet seringkali dikaitkan dengan pembentukan jati diri. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa bahan bacaan juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. Ini kerana, terdapat juga unsur nilai murni dalam bahan bacaan terutamanya bahan bacaan Bahasa Malaysia yang mampu membentuk jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada kesan bahan bacaan Bahasa Malaysia terhadap jati diri kanak-kanak. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan metode kepustakaan dan lapangan. Instrumen kajian yang digunakan meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa bahan bacaan Bahasa Malaysia memberi kesan positif terhadap pembentukan jati diri kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:pembentukan jati diri; bahan bacaan; kanak-kanak; nilai murni
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5331
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 08:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page