Nilai-nilai murni dalam sistem kekeluargaan lutong kelabu (Trachypithecus cristatus)

Badrul Munir Md-Zain, and Farhani Ruslin, (2012) Nilai-nilai murni dalam sistem kekeluargaan lutong kelabu (Trachypithecus cristatus). Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 103-128. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Artikel ini memperihalkan tentang beberapa kelakuan semulajadi lutong kelabu (Trachypithecus cristatus). Lutong kelabu mempraktikkan sistem kekeluargaan poligami dengan organisasi sosial unimale. Kumpulan lutong kelabu diketuai oleh seekor individu jantan dewasa dan ahli lain terdiri dari beberapa induk betina dewasa dan anak-anak. Tiga kelakuan yang dicerap dalam kajian terdahulu mengenai lutong kelabu dibincangkan di bahagian akhir artikel: peranan induk jantan sebagai ketua, allomothering dalam penjagaan bayi dan proses perdamaian atau pengurusan konflik dengan hubungan sosial di antara induk betina. Nilai-nilai murni boleh diperhatikan dalam institusi kekeluargaan lutong yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah mencipta makhlukNya dalam pelbagai bentuk dan kelakuan.

Item Type:Article
Keywords:Lutong kelabu; Trachypithecus cristatus; poligami; allomothering; nilai murni
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5332
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 08:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page