وظائف الدولة الإسلامية = Fungsi negara Islam

Amir Husin Mohd Nor, and Abd Wadud Mustafa, and Hayatullah Laluddin, and Ahmad Mohd Hosni, and Ibnor Azli Ibrahim, and Mohd Al-Adib Samuri, and Anuar Fahri Omar, and Muhammad Nazir Alias, (2012) وظائف الدولة الإسلامية = Fungsi negara Islam. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 155-170. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

5MB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Negara Islam sentiasa menjadi fokus kepada analisis politik, bahkan sesetengah pihak melihatnya sebagai inti pati kajian sains politik. Oleh sebab itu, mana-mana kajian berkenaan dengan negara pasti akan menyentuh fungsi-fungsi sesebuah negara, kerana negara sepanjang sejarah dan melalui pelbagai modelnya, sentiasa berusaha untuk merealisasikan fungsi-fungsi tertentu. Tanpa memandang kepada kandungannya, fungsifungsi ini ditetapkan oleh pegangan (akidah) dan ideologi politik tertentu. Oleh itu, kita dapati banyak terdapat perbezaan dan kelainan fungsi-fungsi tersebut pada sebuah negara berbanding dengan negara yang lain, berdasarkan perbezaan pegangan dan ideologi yang dianuti. Boleh dikatakan bahawa terdapat pegangan umum bersama yang menentukan kandungan dan dimensi fungsi-fungsi tersebut serta menetapkan pergerakannya sama ada hubungan dalam atau luar negara. Negara juga menjadi alat atau sarana bagi sesuatu perkumpulan untuk merealisasikan akidahnya atau ideologi politiknya dan itulah yang menjadi asas kepada keabsahan (legitimasi) sesebuah negara dan faktor kewujudannya. Tulisan ini menyentuh tentang fungsi-fungsi negara Islam sebagaimana ditanggapi oleh para ulama dahulu dan pemikir semasa.

Item Type:Article
Keywords:negara; negara Islam; politik; pegangan dan ideologi politik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5335
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2012 09:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page