Kamilov Askhabali, and Abd. Rahman Mahmood, and Mudaser Rosder, (2012) التعايش السلمي بين الأديان في الإسلا Kehidupan yang aman antara agama dalam marri. Jurnal Hadhari, 4 (1). pp. 171-190. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 6MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari
Abstract
Isu kebebasan beragama dan kehidupan berharmoni di antara agama-agama dalam pandangan Islam adalah salah satu daripada isu yang paling penting, di mana para ulama dan ahli fikir (falsafah) Islam telah mengenal pasti kewujudan bersama yang penuh kesabaran ini adalah bersandarkan kepada sumber-sumber keislaman iaitu Al- Quran dan Sunnah. Ini adalah kerana Islam itu agama Ilahi yang mempunyai prinsip-prinsip yang stabil dan asas-asas yang jelas, tidak menolak kewujudan bersama kerana tujuannya ialah untuk mendokong matlamat yang luhur yakni sifat perikemanusiaan dan merealisasi faedah-faedah kewujudan bersama yang unggul, antaranya yang paling mustahak adalah menjaga keselamatan dan mencegah pencerobohan, penganiayaan dan penindasan ke atas individu, kumpulan dan manusia sejagat. Namun, kesemua ini tertakluk kepada kewujudan bersama yang disertai dengan sifat saling menghormati antara agama dan kemanusiaan keseluruhannya. Definisi kewujudan bersama yang aman di dalam Islam menurut Al- Quran dan Sunnah membayangkan kemungkinan kerjasama dan layanan baik serta saling memahami nilai murni pertuturan dan hujah-hujah dalam keadaan yang baik dan saling menghormati. Di samping itu, Islam tidak membenarkan pencerobohan hak-hak umat Islam, kepercayaan dan perasaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kebebasan beragama; kebebasan beriktikad; toleransi; keadilan;kesaksamaan |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 5336 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 11 Jul 2012 09:56 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page