Mohamad Said Awang, and Zulhamri Abdullah, (2012) Hubungan antara pertimbangan pemimpin,pertukaran komunikasi dan komitmen organisasi (1949). Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 28 (1). pp. 121-136. ISSN 0128-1496
|
PDF
416kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom
Abstract
Makalah ini adalah mengenai komunikasi dalam menghapuskan masalah-masalah dalam organisasi penjagaan kesihatan dan menyediakan penyelesaian untuk mempertingkatkan kepuasan hati pesakit, keupayaan dan keberkesanan hospital-hospital. Reka bentuk penyelidikan ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Subjek penyelidikan terdiri daripada populasi seramai 175 orang jururawat di salah sebuah hospital di Malaysia. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pertimbangan pemimpin dengan komitmen berterusan, pertukaran komunikasi dengan komitmen berkesan, tingkah laku komunikasi dua hala dengan komitmen berkesan dan komitmen berterusan. Komitmen berkesan dilihat banyak bergantung kepada pertukaran komunikasi dan tingkah laku komunikasi dua hala berbanding komitmen berterusan yang lebih dipengaruhi oleh pertimbangan pemimpin dan tingkah laku komunikasi dua hala. Secara teorikalnya, dapatan penyelidikan ini dilihat menyokong Teori Pertukaran Pemimpin-Ahli atau Leader-Member Exchange Theory atau Teori LMX, yang digunakan dalam penyelidikan komunikasi kepimpinan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pertimbangan pemimpin, pertukaran komunikasi, komitmen organisasi; komunikasi dua hala; pertukaran komunikasi |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 5346 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 15 Jul 2012 06:36 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page