Azmi Arifin, (2012) Syed Hussein Alatas: pemikiran kolonial dan gagasan 'feudalisme Melayu'. AKADEMIKA, 82 (1). pp. 21-30. ISSN 0126-5008
|
PDF
335kB |
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-conte...
Abstract
Istilah 'feudalisme Melayu' mula diperkenalkan dalam penulisan sejarah Malaysia oleh orang Eropah, khususnya sarjana dan pegawai-pegawai kolonial British menjelang permulaan abad ke-19. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1968 barulah ia dikaji sebagai suatu konsep yang jelas dan menyeluruh oleh Syed Hussein Alatas. Sejak itu, beliau telah dianggap sebagai pelopor dalam pengkajian tentang 'feudalisme Melayu'. Tulisan ini mengkaji sudut pandangannya tentang gagasan 'feudalisme Melayu' dan menjelaskan bagaimana, disebabkan oleh kurangnya kefahaman tentang teori feudalisme dan pemikiran beliau, pandangan Syed Hussein telah disalahtafsirkan oleh para sarjana tempatan hingga mewujudkan banyak kekeliruan terhadap gagasan 'feudalisme Melayu'.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Syed Hussein Alatas; kolonialisme; pemikiran tertawan; feudalisme; mitos peribumi malas. |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 5351 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 16 Jul 2012 03:21 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page